Bagaimana untuk memilih tutor yang berkualiti & bersesuian untuk anak anda?

 

Kadang-kala seorang cikgu pun susah nak mengajar anak sendiri. Kita jadi kurang sabar, anak pula kadang kala susah mendengar kata. Pelbagai alasan dibuatnya jika kita mengajak untuk belajar bersama. “Pening kepala” itu alasan anak admin!! Masa belajar terus pening kepala. Bagi ibu bapa yang kesempitan waktu juga boleh memilih untuk mengupah tutor untuk memastikan anak anda sentiasa “on track” dalam pembelajaran.

Berikut adalah tips-tips untuk memilih tutor yang berkualiti:

 

1.PENGALAMAN

Di antara kriteria terpenting untuk memilih tutor disarankan tutor yang punyai pengalaman mengajar. Tutor yang berpengalaman tahu memilik teknik mengajar yang paling sesuai dan cara menguruskan setiap pelajarnya.

 

2. TAHAP PENDIDIKAN

Menyelidik tahap pendidikan tutor juga adalah penting untuk memilih tutor yang bersesuaian untuk anak anda. Contohnya, anda tidak perlu memilih tutor yang mempunyai ijazah sarjana hanya untuk mengajar anak yang berumur 8 tahun. Walaubagaimanapun kemungkinan tutor yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi seperti sarjana dan doktor falsalfah, boleh mengajar anak anda dengan lebih baik untuk sesuatu subjek seperti kimia. Mereka ini juga boleh memberi nasihat tentang  projek penyelidikan di sekolah untuk anak anda.

 

3.SIKAP

Sikap adalah kriteria yang terpenting dalam memilih tutor. Di sarankan memilih tutor mempunyai sikap yang positif agar dapat memberi motivasi untuk anak anda terus belajar dengan bersungguh-sungguh. Disiplin tutor juga penting seperti menepati masa dan memberi komitmen yang sepenuhnya sewaktu mengajar. 

4. TESTIMONIAL

Cara yang paling mudah untuk mencari tutor yang bersesuian untuk anda anda ialah daripada testimonial. Iaitu bertanya kepada ibu bapa yang sebelumnya. Selalunya ibu bapa akan mensyorkan tutor yang boleh beri perubahan dari segi pencapaian akademik mahupun sikap. Sebagai contoh, mungkin sebelum ini anak mereka kurang minat belajar, tetapi dengan bantuan tutor semakin bertanggungjawab dalam pembelajaran.