Seloka Santap Istiadat (Antolologi Bintang Hati)

 

 

Maksud Kosa Kata
Santap beradat, santap istiadat,

Santap raja di majlis kebesaran,

Santap merai, hormat-menghormati;

Bukan santap hendakkan kenyang,

Santap santun dengan aturan.

 

Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis kebesaran yg bertujuan meraikan dan menghormati tetamu.

Santapan ini dilakukan dengan penuh adat dan peraturan, dimana bukan hanya untuk mengenyangkan perut, malah mengajar tetamu makan dengan sopan dan tatacara yang tepat.

Santap: makan atau minum (raja)

Istiadat: peraturan melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan

Merai: cntoh bilik untuk merai tetamu

 

Nasi disuap di tangan kanan,

Lauk dibinjat sopan siuman,

Sampai ke mulut mamah perlahan,

Tanda tidak gelojoh makan.

Diiring seteguk minuman,

Isyarat menghormat, mulia-memuliakan

 

 

Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan. Nasi hendaklah disuap menggunakan tangan kanan dan lauk diambil dengan sopan dan dikunyah dengan perlahan (tidak menunjukkan gelojoh). Setelah makan, barulah diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat dan beradab sopan.

 

Binjat: mengangkat

Mamah: menghancurkan (makanan) di dlm mulut dgn gigi.

 

Santap nasi suap pertama,

Berturut dengan suap kedua,

Dua suap, ketiga sudah,

Keempatnya basuh tangan;

Kelima halwa juadah,

Keenam mengiring buah-buahan.

 

 

Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum. Nasi disuap dalam suapan pertama hingga ketiga, kemudian basuh tangan lalu dijamah pula juadah pencuci mulut seperti halwa dan buah-buahan

 

Halwa: buah-buahan yang dicampurkan atau yang direndam dalam air gula

 

Ketujuh berkumur-kumur,

Ke delapan makan sirih;

Kelat jatuh ke rengkungan,

Seri naik ke peroman.

 

 

 

Seterusnya, orang yang menjamu selera perlu berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih yang kelat akan menambah seri pada wajah lagi.

 

Rengkung: kerongkong

Peroman: rupa, paras

 

Itulah santap beradat kebesaran

Di dalam riwayat zaman yang silam

 

 

Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis telah diamalkan sejak zaman dahulu