Tips untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

Tips ini khas untuk pelajar-pelajar yang nak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Ianya perlulah bermula dengan kemahuan dan tanamkan tekad untuk mencapai kejayaan. Jika anda rasa, anda pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik. Jangan risau, masih muda lagi. Mulakan hidup baru dan perbaiki segala kelemahan dulu. Ikuti tips ini untuk  keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

  1. Kaji dahulu pencapaian anda

Senang sahaja untuk kaji pencapaian anda. Semak sahaja keputusan peperiksaan akhir tahun atau keputusan peperiksaan terbaru. Dari situ anda dapat lihat yang mana subjek yang paling lemah, dan subjek yang mana yang anda paling mahir.

  1. Kenal pasti kelemahan & punca

Kemudian kenal pasti kelemahan dan punca. Mengapa anda lemah subjek tersebut? Contohnya jika anda akan menghadapi upsr dan lemah subjek matematik. Cuba tanya diri, sudahkah anda menghafal sifir ataupun memahami konsep asas matematik.

  1. Susun strategi

Strategi juga perlu ada untuk berjaya. Fokuskan lebih masa pada subjek-subjek yang menjadi kelemahan anda. Untuk subjek seperti Matematik dan Sains disarankan sekurang-kurangnya buat 3-5 soalan setiap hari.

  1. Konsisten!! 

Perkara yang paling susah untuk dilakukan adalah KONSISTEN. Lebih baik melakukan sesuatu secara sedikit demi sedikit tetapi konsisten. Daripada anda tiba berubah ingin mengejar kesempurnaan dan kemudiannya berhenti. Contohnya jika anda ingin meningkatkan markah matematik dalam ujian/peperiksaan. Mulakan dahulu dengan peruntukkan masa belajar untuk subjek ini antara 15-20 minit setiap hari terlebih dahulu. Daripada anda belajar seharian matematik, kemudian langsung tidak sentuh atau belajar matematik untuk berminggu lamanya.

  1. Belajar dengan tutor

Belajar dengan tutor adalah salah satu cara yang paling mudah dan paling cepat untuk meningkatkan kefahaman dalam pembelajaran. Sekaligus akan membantu anda mendapat keputusan yang cemerlang. Ada kalanya belajar sendiri tanpa bantuan yang lebih pakar akan mengelirukan anda. Oleh itu, jika tidak berkesempatan untuk bertanya pada guru sekolah anda